ROTI LEMBUT DAN MUDAH-HOMEMADE




Roti homemade..Roti nie saya buat jual sebagai pendapatan sampingan, sebelum nk jadi roti yang trbaik pernah sy buat smapai blh buat jual,dah berapa kali buang dalam tong smpah sbb x jadi 😂😂😂😂....hari nie sy nak kongsi resepi roti lembut + gebu sapa nk ambik silakan sy halalkan..
-2 1/2 sudu teh yis
-150ml air suam untuk larutlan yis (kalau x tau nal sukat mcm mana guna ja botol susu anak klu ada 😄)
-500gm tepung roti (cari dekat keda8 bakery ada pasaraya pn ada)
-1biji telur ayam
-1sudu teh ovelet
-70gm butter cup
-1 sudu teh bread improver (serbuk membntu melembutkn roti
-1 sudu teh bread softener(serbuk mmbantu melembutkan roti
-secubit garam
-1 sudu teh gula aising (untuk masukan dalam yis)
-50gm gula aising (untuk masukan dalam tepung)
-150ml susu segar suam..guna susu tepung pn blh lebih kurang 2sudu teh susu tepung(bancuh sendiri)
1.Mula2 aktif kan yis, masukan yis dan 1sudu teh gula aising kedalam air semua sebanyak 150ml hingga kembng (letak tepi tggu yis kembng)
2.Didalam bekas yang berasingan besen atau apa yg sewaktu denganny masukan 500gm tepung roti,1biji telur,1sud teh ovelet,70gm better cup,secubit garam,50gm gula aising, 1 sudu teh bread softener & 1 sudu teh bread improver..
3.jika yis sudah kembang tuangkan kedalam bekas tepung yg telah dicampur bahan2 yang lain tadi(bahagian no 2 tadi)..selapas itu masukan susu segar suam sebnyk 150ml td...
4. Gaul semua bahan2 yang telah disatukan td hinggal menjadi doh jgn panik jika doh tadi seakan2 lembik gunakn tepung gandum untuk uli doh agar tidak lekat ditangan(amaran😂 jgan guna tepung gandum bnyk sangt guna untuk bg doh lekat ditangan sahaja)
5. Sapukan sedikit buttercup kedalm bekas untuk memerap doh yg telah diuli tutup dengan plastik rap & dialas dengan kain bersih yang lembab...perap doh hinggal menjadi kembang 2kali ganda dari asal
6. Setelah kembang keluarkan doh dari bekas dah uli seketika ...siap diuli bahagikan ikot citarasa masing2 untuk dijadikan sebarang roti & boleh dihiyas degan apa yang tuan puan suka..
7. setelah siap perap sekli lagi roti tersebut hingga kembng seprti gambar dibawah untuk dibakar..
8.bakar pada suhu 180-200 hingga masak menjadi keemasan..suhu ikot oven masing2 takot x sama...
Sekian terima kasih..selamat mencuba..
Kredit:Mazni Zain(mahn)

.

Comments